klikk klikkk

Followers

angpa tinggai jejak kat sini no,,, senang skit nak cari lepaih ni.. tq smuaa..

Penat-penat mengajaq.. meh la relek sat tang ni...

cuma kisah cikgu & anak2 murid cikgu jee.. saja nak jadikan kenangan... seronok gak bleh kongsi ngan kamu semuaa..



Wednesday, March 2, 2011

KERETA CIKGU KENA CONTENG....

ASSALAMUALAIKUM...
Ari ni cikgu nak cakap pasal exam @ ujian pengesanan pertama yang di jalankan di semua sekolah seluruh Malaysia.. agak2 anak2 murid cikgu yang cikgu sayang ni.. angpa tau dak sebab apa ujian ni diadakan?? cuba tekaaa... adakah peperiksaan ni di reka untuk :
i. Saja seronok2 sebab nak bagi kamu pening pala?
ii. Untuk nak tgk subjek mana yang soalan paling gila2?
iii. Sengaja buat sebab nak abihkan kertas A4??
emmm... klu la ada yng pilih jawapan kat atas tu.. memang angpa ni keliru lagi laa.. haru biru...
sebenaqnya tujuan ujian @ exam di adakan adalah untuk menguji tahap pemahaman angpa semua, sama ada angpa faham ke dak apa yg cikgu2 mengajaq.. dalam bab 1,2 n 3... bukan susah pun.. angpa kena baca buku n nota.. mesti dah angpa boleh jawab soalan apa pun yang mai.. tapi tu laa.. benda camni pun.. angpa langsung tak mau usaha..

Dah seminggu ujian ni berjalan... tapi attitude kamu masih jugak tak berubah... cikgu tak tau pasai apa.. awai2 cikgu masuk kelas n sebelum start exam.. cikgu dh royak.. "Tolong simpan semua buku nota... cikgu nak kamu semua senyap.. tolong berenti bercakap.. ni masa exam.. tolong serius.. masa exam tolong jangan meniru.. kalau cikgu dapat tangkap sapa yang meniru.. cikgu akan rampas ketas soalan n jawapan.. fahammmm???" "fahammmmmm cikguuuuu..."

Tapi tu la kan.. kata2 cikgu ni cuma macam angin je kat telinga kamu.. kamu anggap cikgu tak serius.. ada yang mencabar cikgu.. takpa cikgu sabaq... kalau ada dua tiga org yang berbisik cikgu akan sound " oitttt... jadi2 laaa cakap tuuuu... klu nak cakap sangat satgi cikgu bagi mic.. kamu cakap puas2..." pastu suasana mesti senyap smula... emmmm...

Setakat anak murid yang tido time exam n tak jawab walau sebaris ayat memang ramai.. heran jugak cikgu.. angpa mai sek utk apa?? sebab puas (boring) dok kat umah ke?? emm.. cikgu tau ada antara kamu yang berniaga kat pasar borong sampai kul 4 pagi.. tapi kena ingat.. kamu masih belajaq.. pelajaran tu penting.. klu mai sek setakat nak tidoq.. baik berenti sek pastu berniaga terus.. boleh bantu famili kamu.. cikgu tak marah.. cuma cikgu tak suka keadaan tu...

Yang tido tu satu hal.. tapi yang paling cikgu tak tahan tu.. bila ada yang bersembang time exam... yg tu cikgu tak leh tahan... nak di jadikan cerita.. kemarin (selasa) cikgu masuk jaga exam kat 1 kelas t5... n cikgu perhatikan semua murid tengah jawab soalan.. ok good.. tiba2 ada 3 org pelajar.. seorang pmpuan n 2 org budak laki.. dok ralit sembang.. cikgu dh pandang depa.. tapi selamber lemm je depa tgk cikgu n still bercakap.. n siap ada surat2 lagi.. memang budak2 ni dh mencabar cikgu.. lama jugak cikgu dok perhati.. n angpa pun tau cikgu marah.. tapi angpa saja nak naikkan darah cikgu.. bila cikgu bangun pun kamu still buat tak tau.. yang pempuan pun siap dok gelak2.. cikgu tak faham laa.. kamu suka apa.. org lain boleh serius jawab soalan.. kamu dok main apa kat belakaang tu.. so cikgu pun terpaksa rampas ketas jawapan n soalan kamu.

Tak sangka akhlak kamu memang baik laaa.. langsung tak dak nak mai mintak maaf... andainya kamu mai mintak maaf time tu.. cikgu mesti bagi semula soalan tu.. tapi boleh pulak sorang stdnt, galas beg trus kluar dari kelas.. melalui pintu belakang.. woww!! hebattt... cikgu ingat kamu nak balik terus.. tapi tiba2 masuk smula.. cikgu pun tak tau apa motif kamu... cikgu tau kamu tak suka cikgu dok berleter.. tapi kamu semua tau dak sebab apa cikgu asyik dok suruh kamu belajaq rajin2.. n ayat cikgu selalu sebut.. "ni la last kamu kat sekolahh.. lepas ni kamu dh nak pencenn.. dh tak mai dh jumpa cikgu.. tak pakai dh baju sekolah.. ni je kamu nak bukitkan yang kamu pun boleh capai kejayaann... cuba la berubah.. tahun last dh nii... " tu je pesanan cikgu.. tapi biasa laaa... sapa nak dengaq... angpa dok perli cikgu ada laa.. tapi cikgu sabaq je ngan perangai kamu semua.. dok ingat sebab budak2... tahan je laa.. cikgu cuma nak kamu rasa bangga dengan diri kamu je.. kamu dh besaq boleh fikir sendiri...

Tadi.. time cikgu nak bukan pintu belakang keta cikgu.. tiba2 ckgu nampak ada tulisan mencarut kat cermin keta cikgu.. emmm.. nak tulih dalam ni pun tak gamak... dari cikgu tgk tulisan tu.. macam org tinggi je tulih sebab sampai aras mata cikgu... sapa yang tulih? emmm.. terima kasih la kat sapa2 yang tulih ayat carutan tu... cikgu memang tak sangka.. tapi cikgu takkan berdendam ngan anak murid.. awal2 cikgu dh maafkan sapa yang buat tu... bukan nak kata cikgu ni hati mulia cam Nabi.. tapi cikgu terfikir.. andainya cikgu berdendam n sumpah sapa yang conteng keta cikgu.. mesti idup budak tu takkan berkat.. n susah dia nak belajaq.. doa cikgu tu umpama doa sorang ibu... kamu masih anak2 cikgu.. n cikgu tak mau tau sapa yang buat keja tu..

Ok laaa.. setakat ni je la cerita cikgu ari ni... kepada semua pelajar t5 tahun ni,.. cikgu harap kamu dapat buat yang terbaik.. terutama sapa yang amik subjek PSV.. cuba la sebaik mungkin utk menghasilkan kerja kursus yang berkualiti... jangan buat sebab cikgu rosa yang suruh.. tapi sebab kamu nak berbangga dengan hasil kerja kamu... n cikgu berbangga dengan semua anak murid cikgu... jaga diri.. kuat semangat... yakin...

cikgu sayang kamu...

4 comments:

Anonymous said...

dengar tue anak2 murid.panjang lebar cikgu cakap nie.hehe

Tambah Duit Tabung Dengan Heartbeat

asuka said...

susah susah sangat.... kita bakor jer ... kita bakor.... 9 antu kak limah ) heheheh

Mat Pian said...

mmg sabar betullah cikgu rosa ni..

rosa said...

huhuhu!!! kena sabaq laa... yg penting.. objektif tercapai...

Post a Comment